Daniel Craig kembali sebagai James Bond dalam filem Skyfall
Siri terbaru filem francais James Bond, Skyfall, didedahkan semalam dengan pelakon Daniel Craig kembali memegang watak sebagai ejen 007.

Pemenang anugerah Oscar, Sam Mendes pula akan mengarahkan filem yang dijadual ditayangkan lewat 2012, lima dekad selepas Sean Connery buat pertama kalinya memegang watak sebagai ejen perisikan dalam siri pertama filem paling popular di dunia itu.


Pelakon Sepanyol, Javier Bardem akan melakonkan watak penjahat, manakala Judi Dench kekal sebagai ketua agensi perisikan M16 yang juga ketua kepada Bond.

Antara pelakon lain termasuklah Ralph Fiennes dan Albert Finney, sementara ‘gadis Bond’ dimainkan oleh pelakon Perancis, Berenice Marlohe dan pelakon Britain, Naomie Harris. – AFP

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top