Pelakon Beto Kusyairy berlakon dalam filem Istanbul Aku Datang.

Peranan Beto di dalam filem tersebut memerlukan dia bermain dengan emosi menambahkan cabaran buatnya tetapi mendapat sokongan daripada pelakon lain dan pengarah filem itu, Bernard Chauly.

"Pada awalnya saya mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan watak berkenaan tetapi mula selesa apabila pengarah memberikan kelas latihan sebagai persediaan," katanya.

Di samping itu, Beto memberitahu dia juga turut mendapat tunjuk ajar daripada Lisa Surihani untuk menjiwai wataknya dalam filem tersebut.



"Lisa adalah seorang pelakon yang bagus dan saya sendiri banyak belajar pelbagai perkara daripadanya sepanjang penggambaran di Turki," ujarnya.

Dalam pada itu, Beto memberitahu selain Istanbul Aku Datang yang menggandingkannya bersama Lisa Surihanyi, Aizat dan Tomok, dia juga bakal muncul dengan beberapa buah filem seperti Jiwa Taiko, Jalan Pintas, Chow Kit dan sebuah drama berjudul Selagi Ada Cinta pada tahun hadapan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top