Sinopsis telemovie Parit Jawa

Sinopsis: Parit Jawa menyingkap kisah hidup satu keluarga yang berketurunan Jawa dan telah duduk di Parit Jawa, Muar berkurun lamanya, disampaikan di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa, dan ia menyingkap tentang Tuminah dan Sapian yang telah berumur dan mahukan anak-anaknya bersama seperti keluarga lain.

Setelah Sapian (Ghazali Abu Noh) meninggal dunia, Tuminah (Ruminah Sidek) menjadi semakin risau akan keluarganya yang semakin kucar kacir. Anaknya hanya ingin merebutkan tanah pusaka keluarga mereka yang masing-masing mempunyai agenda mereka sendiri tanpa mempedulikan ibunya yang masih hidup.

sinopsis telemovie Parit Jawa

Tuminah sedih kerana anak-anaknya tidak mempedulikan kehendaknya dan kehendak arwah Sapian. Manakala Arman (Eman Manan) dan Jalal (Zahiril Adzim) masing-masing inginkan tanah pusaka itu menjadi milik keluarga dan tidak mahu memecah belahkan tanah itu.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Arman meninggal dunia, dan anak-anak Tuminah menjadi lebih tamak dan lebih ingin menjual tanah itu. Dan hanya tinggal Tuminah dan Jalal untuk mempertahankan tanah pusaka keluarganya itu.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton supertelemovie terhebat Parit Jawa sepanjang bulan Disember ini dengan melanggan pakej Astro Box Office Movies Tayangan Hebat (saluran 952) berharga RM9.95.

Pelakon Parit Jawa
Supertelemovie Parit Jawa arahan Tunku Mona Riza ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Jalil Hamid dan Eman Manan, Ruminah Sidek dan Ghazali Abu Noh.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top