Penyanyi Shila Amzah telah membuat persembahan di majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri.
Shila muncul di pentas pada kira-kira pukul 11.15 pagi dan mendapat tepukan gemuruh apabila menghiburkan kira-kira 80,000 penonton dengan empat buah lagu iaitu Zheng Fu, Set Fire to the Rain, Patah Seribu sebelum mengakhiri persembahan dengan lagu Forever Love.
Shila juga mengucapkan terima kasih kepada para penonton dan BN negeri yang menjemputnya membuat persembahan pada majlis yang disifatkan istimewa kerana turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun demikin apabila didekati media,Shila dihalang bapanya, N.D. Lala daripada memberi kenyataan kepada media berhubung kontroversi yang sedang melanda.
Ketika selesai membuat persembahan, Shila, 23, yang dihampiri wartawan pada mulanya bersetuju untuk ditemu ramah namun beliau yang dikawal ketat pengawal peribadi dan pasukan keselamatan sepanjang majlis tidak dibenarkan bapanya untuk berbuat demikian.
"Kamu hendak tanya apa? Macam inilah... saya akan mengadakan sidang akhbar khas dalam masa terdekat untuk jawab segala persoalan. Tarikh dan tempat juga akan dimaklumkan kelak," kata bapanya.
Shila yang kelihatan terpinga-pinga hanya mampu berdiam diri sebelum dibawa pergi oleh sekumpulan pengawal peribadi.
Terdahulu, - UTUSAN
0 ulasan:
Catat Ulasan