Seperti biasa sambutan Tahun Baru Cina datang lagi yang mana kali ini jatuh pada tahun ular. Biarpun tahun ular dikatakan kurang sesuai untuk melakukan banyak perkara termasuklah membabitkan perniagaan. Namun, bagi pemilik syarikat produksi MIG Production, David Teo halangan itu bukan alasan untuknya terus berdaya maju.
Penerbit filem berasal dari Segamat, Johor ini membuktikan dia terus komited mengharungi segala ranjau dan duri dalam bidang penerbitan filem Melayu sejak 2001. Menurut David, Tahun Baru Cina kali ini dia mampu menarik nafas lega sambil meraikan Tahun Baru Cina dengan lebih meriah bukan sahaja bersama-sama keluarganya tetapi juga seluruh warga kerja MIG.
Paling ketara katanya adalah pencapaian MIG yang berjaya melebarkan lagi penguasaan bukan sahaja daripada segi bilangan filem yang diterbitkannya tetapi juga jumlah kutipan tiket yang semakin meningkat saban tahun. Statistik dan fakta itu tambahnya juga dilihat berdasarkan pencapaian MIG sehingga Disember 2012 yang terbaik setakat ini.
"Sepanjang tahun lalu sebanyak 77 judul filem tempatan telah dihasilkan dan 69 daripadanya adalah filem Melayu. Jumlah keseluruhan kutipan tiket sebanyak RM75 juta dan MIG memperolehi RM26 juta daripada jumlah itu. Tahun ini MIG mendapat 34 peratus daripada perkongsian keseluruhan kutipan tiket filem-filem tempatan yang telah ditayangkan di pawagam.
"Malah, peratusan itu meningkat yang mana pada 2011 MIG hanya mendapat 25 peratus daripada jumlah kutipan tiket filem-filem tempatan secara keseluruhannya. Selain itu, sehingga 2012 MIG telah menerbitkan 85 buah filem dan sasaran saya pada tahun ini kami akan menerbitkan 15 filem. Keseluruhannya sehingga hujung 2013 MIG akan mempunyai 100 buah filem.
"Terbaru syarikat Apple dan Samsung telah bersetuju melantik MIG sebagai pembekal filem-filem Melayu untuk disiarkan di iTunes di peringkat antarabangsa. Saya anggap ini adalah pencapaian terbaik MIG sejak beroperasi 12 tahun lalu. Sebab itu, pada Tahun Baru Cina kali ini saya seronok untuk berkongsi rezeki dengan artis-artis MIG dan juga tenaga kerja saya," katanya kepada Hits.
David ditemui selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina di pejabatnya di Wisma Metrowealth, Pusat Perdagangan Petaling Jaya Selatan, Selangor baru-baru ini. Pada majlis makan petang itu, beliau meraikan lebih 20 pelakon yang terbabit dalam filem-filem terbitan MIG dengan ucapannya yang panjang lebar penuh dengan motivasi selain menghulurkan duit raya kepada mereka.
Selain itu, beliau turut berkongsi berita gembiranya apabila MIG berjaya memasarkan filem-filem terbitannya ke luar negara sejak 1 Februari lalu menerusi tayangan di saluran televisyen berbayar (TV) Dunia Sinema dan Blockbuster Hangat di Star Hub, Singapura. Malah, saluran TV Suria di bawah kendalian Media Corp. di negara jiran itu turut menayangkan filem-filem MIG.
Jelas David, kejayaan manis yang diraih oleh MIG itu bukan datang bergolek, sebaliknya sebelum ini dia turut tidak terlepas berdepan dengan pelbagai risiko dan pernah menanggung kerugian berjuta-juta ringgit apabila banyak filem terbitannya gagal mendapat kutipan tiket yang baik sewaktu ia ditayangkan di pawagam baru-baru ini.
"Contohnya filem terbitan saya yang berjudul Salam Cinta hanya mengutip kutipan tiket RM230,000, Ajinohmoto (RM270,000), X (RM200,000), Hanya Aku Cinta Kau Seorang (RM200,000) dan 3 Temu Janji (RM650,000) daripada kos purata sekitar RM1.5 juta untuk setiap filem yang saya terbitan itu.
"Saya sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah itu yang mana saya anggap Astro First adalah antara penyelamat saya. Walaupun kutipan tiket di pawagam tidak banyak tetapi kutipan daripada langganan di Astro First banyak membantu mengurangkan kerugian yang saya alami itu. Ini adalah fakta biarpun ada penerbit yang tidak sokong Astro First.
"Saya pernah menjadi pengedar untuk filem Anu Dalam Botol yang hanya mengutip kutipan tiket RM600,000 sewaktu tayangannya di pawagam. Tetapi selepas ditayangkan di Astro First filem itu berjaya mendapat bayaran langganan sebanyak RM650,000. Jadi, saya anggap jumlah kutipan tambahan itu boleh membantu mengurangkan kerugian penerbitnya," ujarnya lagi.

0 ulasan:
Catat Ulasan