Pelakon January Jones dan Gwyneth Paltrow merupakan antara selebriti yang dinamakan dalam senarai 25 Individu Paling Tidak Berpengaruh 2011 oleh majalah GQ.

Menurut editor majalah itu, kedua-dua artis jelita berambut perang muda tersebut tersenarai kerana gagal menyumbang sesuatu yang bernilai kepada 'dunia'.

Jones berada di kedudukan ke-10 selepas tayangan musim baru rancangan televisyen popularnya, Mad Men ditangguhkan hingga 2012.

Gwyneth Paltrow

Paltrow pula berada di tangga ke-16 ekoran penerbitan buku masakannya yang sangat teruk.

Selebriti lain yang turut disenaraikan termasuklah Bono dan The Edge (kelima) yang membazirkan wang sebanyak AS$65 juta (RM203 juta) untuk membuat muzikal Broadway Spider-Man: Turn Off the Dark, Rosie Huntington-Whiteley (ke-20) dan Pitbull (ke-22).

Veteran Harrison Ford turut tersenarai di kedudukan ke-23 kerana penghasilan filem Cowboys & Aliens, manakala bintang Terminator, Arnold Schwarzenegger berada di tangga ke-14 selepas hubungan sulitnya tersebar. - AGENSI

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top