Dalam tuntutan saman tersebut, Angelina Jolie didakwa mencuri plot cerita dari artikel hasil tulisan James J. Braddock yang diterbitkan pada tahun 2007.
Filem tersebut mengisahkan mengenai percintaan seorang lelaki warga Serbia dengan seorang wanita Bosnia beragama Islam sebelum terpisah akibat Perang Bosnia pada 1992.
"Filem itu menyorot kisah semasa perang di Bosnia, namun ia bersifat universal.
"Saya mahu menceritakan mengenai perhubungan sesama manusia dan bagaimana perang mempengaruhi perkara tersebut," katanya.
Menurut laman web Radar, persamaan antara jalan cerita filem berkenaan dengan artikel tersebut dapat dilihat menerusi watak utamanya iaitu seorang wanita Bosnia yang didera dan dirogol pasukan tentera di kem sebelum dipaksa menjadi orang suruhan.
Filem tersebut merupakan projek kedua menampilkan Jolie sebagai pengarah dan penulis skrip. - AGENSI
0 ulasan:
Catat Ulasan