Aktres Kirsten Dunst mengakui dia bimbang tidak dapat mencari lelaki idamannya untuk berumah tangga dan mempunyai anak-anak.

Bintang filem Spiderman yang bakal berusia 30 pada tahun depan itu memberitahu majalah Lucky, dia terdesak untuk berumah tangga dan berasa bimbang jika tidak bertemu lelaki impiannya.

Kirsten Dunst

"Saya fikir apabila berusia 30, saya dapat bertemu dengan banyak lelaki. Namun kini, kebanyakan lelaki dalam lingkungan 35 tahun suka berkelakuan seperti 25 tahun.

"Itu yang menakutkan saya kerana bimbang tidak dapat mencari lelaki idaman untuk berumah tangga dan mempunyai anak-anak dengannya," kata Dunst yang sebelum ini bercinta dengan Johnny Borrell dan Jake Gyllenhaal.

Katanya, dia juga sering mengimpikan kehidupan bersama anak-anak serta kehidupan yang tenang jauh dari Hollywood dan Manhattan.

"Saya pasti tidak sabar untuk kembali menjalani kehidupan dengan anak-anak kecil," ujarnya.

Di sebalik reputasinya yang suka berparti, sering bertukar teman lelaki dan pernah melakonkan beberapa adegan bogel dalam filem, Dunst menggelar dirinya kolot dan bukan seperti yang dianggap banyak pihak.

"Saya terkejut dengan kelakuan beberapa orang tertentu. Saya tidak gemar hidup dengan seseorang dan lebih suka jika mempunyai tempat sendiri," katanya. - Agensi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top