Bersabarlah Erra
JOYAH terasa haru amat sangat apabila timbul lagi gosip mengatakan Erra Fazira sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan kini hidup bermadu.
Kepada manusia yang suka membuat gosip tu, sudah-sudahlah. Jangan kerana cerita cerai-berai artis popular ni orang suka nak baca sangat, kita langsung tak fikir maruah artis tersebut.
Joyah sebenarnya pun dah rasa lemas perut dengan kisah yang entah betul entah tidak. Bagi Joyah, betul atau tidak gosip pasal rumah tangga Erra, setidak-tidaknya dia menjadi contoh yang baik.
Erra tidak melatah tak tentu pasal malah langsung tidak mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan. Erra tetap cool malah sempat ketawa manja apabila ditanya berulang kali soalan sama oleh wartawan.
Kalau Joyah, mungkin dah panas satu badan dan herdik wartawan dengan soalan,” Wartawan ni tak ada soalan lain ke nak tanya?”
Tapi Erra ambil pendekatan yang cukup bijak. Kepada Erra, Joyah sebagai kakak cuma boleh nasihat agar bersabarlah banyak-banyak.
Biarlah apa orang nak kata tentang rumah tangga kita, yang penting Erra sahaja yang tahu apa terjadi sebenarnya.
Joyah pun tak ambil kisah sangat pasal gosip Erra tu. Yang Joyah dok teruja pasal Erra apabila protegenya, Salma cukup meletup dalam Mentor musim 5. Memang sahlah bakal juara nanti.
Lagi satu, Joyah juga tak sabar nak tengok Erra dan Aaron Aziz berlakon teater Badai Semalam di Istana Budaya nanti.
0 ulasan:
Catat Ulasan