Baru-baru ini majlis hari jadi penuh kejutan diadakan untuk pengarah dan pelakon popular, Erma Fatima. Majlis itu turut dihadiri oleh tetamu kenamaan. Namun apabila gambar-gambar sekitar majlis itu tersebar di Internet, banyak yang tepuk dahi. Masya-allah kata mereka. Macam ada yang tidak kena dengan majlis itu, walaupun suasananya meriah, glamor dan penuh kemilau.
Antara segmen yang dianggap menghina imej Erma Fatimah yang Islamik ialah tarian berunsur lucah oleh golongan maknyah. Penampilan maknyah dengan tarian itu cukup memalukan apabila ada antara mereka hanya memakai G-String, bikini, berseluar dalam selain berpakaian sangat jarang.
Lebih menjengkelkan apabila terdapat seorang maknyah seolah-olah mempersenda agama Islam apabila dia yang bertindak sebagai pengacara majlis memakai tudung tetapi berbaju ketat. Selain memakai G-String, tindakan penari maknyah yang menonggeng punggung ke arah tetamu sangat biadap.
Ps: Ini semua bukan kehendak dan salah Erma sebab mahu datang kerana ia, namun penganjur berkenaan yang mahu acara itu diadakan dengan style yang berbeza. Erma pun seperti orang biasa juga, lihat sahaja twitternya, dia sepertinya merendahkan diri dengan mengatakan dirinya bukan orang yang mulia. Mungkin pengarang utusan ni kot yang lebih-lebih sebab tak dapat hadir sama majlis tue. Hehehe.. Apa-apa pun korang yang pandai dan bijak sana, korang nilailah sendiri yer.
Sumber : Jiwang
0 ulasan:
Catat Ulasan