Jika diperhatikan protégé Afdlin Shauki ini jauh ketinggalan berbanding protégé-protégé yang lain. Dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan, Ratnah hanya berjaya mendapat 38 markah untuk konsert minggu ini, berbanding dua minggu lepas 40 markah.

 

Mengulas tentang kedudukannya itu, Ratnah memberitahu yang dia tidak menyalahkan sesiapa untuk itu. Sebaliknya menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu memuaskan hati penonton dan juri.

 

"Berada di tempat paling bawah, saya tidak mahu salahkan sesiapa. Ia adalah silap saya sendiri. Mungkin saya tidak berjaya puaskan hati penonton dan juri. Rasa geram memang ada, tetapi saya akan cuba perbaiki kelemahan saya. Untuk dapat markah tinggi, saya perlu berusaha keras. Memang bukan mudah untuk mengejar protégé yang lain, tetapi saya mahu berfikiran positif. Saya yakin kalau buat yang terbaik, saya masih boleh mengejar," ujar Ratnah tidak berputus asa.

 

Sementara itu, Ratnah juga ditanya tentang tahap keyakinan dirinya yang dianggap masih rendah oleh Afdlin Shauki.

 

"Saya memang rasa tidak begitu yakin dengan diri sendiri. Mungkin kerana gementar. Untuk lagu pertama malam ini (Fantasia Bulam Madu), saya memang sudah rasa tidak boleh sampaikan dengan baik. Selain teringat-ingat kritikan Ramli MS, saya juga rasa gugup kerana lagu itu sangat popular. Saya mula terfikir orang akan buat perbandingan. Tapi, untuk persembahan kedua, saya dapat berikan yang terbaik. Syukur Abang Afdlin pun suka," ujar Ratnah yang masih mengambil ubat-ubatan untuk memulihkan kesihatannya.

 

Bercakap tentang perancangan untuk konsert akan datang, Ratnah menjelaskan dia mahu dapatkan melodi dengan betul. Selain itu, dia juga mahu menjiwai lagu dengan lebih baik.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top