GUA sempat mengunjungi ‘soundcheck’ Mentor 5 pada petang ini di MBSA. Konsert yang berlangsung pada malam esok bakal menyaksikan barisan protege dari Kumpulan A meneruskan persaingan dalam program realiti ini.

 

Persoalan yang bermain sekarang ialah peningkatan prestasi protege Kumpulan A. Setelah dikritik hebat oleh juri tetap, Dato’ Ramli MS pada konsert yang pertama, mampukah protege-protege ini meningkatkan mutu vokal dan persembahan mereka?

 

Di samping itu, tumpuan juga harus diberikan kepada segmen persembahan duet. Protege-protege dari Kumpulan B akan digandingkan dengan Kumpulan A. Berdasarkan pungutan mata pada minggu lepas, protege dari Kumpulan A harus berhati-hati agar tidak ‘ditenggelamkan’ oleh protege Kumpulan B.

 

Konsert ‘battle’ kedua Kumpulan A akan disiarkan secara langsung dari MBSA melalui TV3 pada jam 9 malam, Ahad 27 Mac 2011.

 

Siapakah protege pilihan anda?






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top