Kehadiran penyanyi yang juga bekas suami Krisdayanti, Anang benar-benar membuatkan tetamu yang hadir ke majlis resepsi Krisdayanti dan Raul Lemos terkejut. Namun di sudut hati para hadirin terdetik perasaan terharu dan berbangga dengan sifat budiman yang ditunjukkan oleh Anang.

 

Tidak cukup dengan kehadirannya menjadi tumpuan lensa, Anang yang hadir bersama Ashanty Siddik turut bersifat sporting dengan mempersembahkan sebuah lagu berjudul Jodohku. Jelas sekali malam yang sepatutnya menjadi milik KD & Raul turut dikongsi bersama Anang.

Anang KD 01 508591126

“Kehadiran Anang dilihat sebagai satu yang positif. Bukan sekadar menyanyi tetapi turut membuat ucapan mendoakan kebahagiaan KD. Ianya sangat positif untuk kedua-duanya, Anang dan KD. Mereka redha dan menerima situasi yang berlaku. Masing-masing sudah punya kehidupan mereka sendiri. Ianya berlaku di depan mata kami yang hadir ke majlis tersebut.” jelas Siti sambil tersenyum.

 

Selain berduet bersama Ashanty, Anang turut berduet bersama anaknya, Titania Aurelia Hermansyah. Pasangan anak-beranak itu membawakan lagu Tanpa Bintang yang liriknya menceritakan kisah dua beranak itu setelah penceraian Anang.

 

Tetamu yang hadir dilihat memeluk erat Anang sejurus selesai dia menghabiskan persembahannya berkongsi perasaan yang bercampur.

 

Kredit Foto : Arjuna Mahardiansyah






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top