Nera AF9 mengakui bahawa terdapat bibit-bibit cinta yang berlaku di antaranya dengan pelajar tersebut dan Azri telah pun meluahkan perasaan terhadap kepadanya.

"Kami agak rapat dan sering berkongsi masalah sejak menyertai AF9 dan dia juga telah berterus terang bahawa dia cintakan saya.


"Begitu juga dengan saya turut menyukai Azri kerana dia mempunyai ciri-ciri lelaki idaman seperti memahami diri saya,” katanya.

Dalam pada itu, Nera yang juga merupakan anak saudara bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, belum bersedia untuk menjalinkan hubungan secara serius dengan pelajar tersebut.

"Memang kami suka sama suka cuma mungkin terlalu awal untuk kami bercinta buat masa ini, tambah pula masing-masing sedang mengejar impian," tuturnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top