KRU

PETALING JAYA: Nenek kepada kumpulan adik beradik trio KRU, Jamaliah Abdul Manan, 90, meninggal dunia pada pukul 2.45 petang, Jumaat, di Hospital Putrajaya.

Menurut Norman Abdul Halim, Allahyarhamah dimasukkan ke hospital berkenaan pada seminggu lalu kerana menghidap penyakit tua.

“Kehilangannya sangat dirasai memandangkan saya cucu sulung dan agak rapat dengannya.

“Justeru itu, saya juga akan bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan pengebumian ini,” katanya yang dihubungi mStar Online, disini.

Tambah Norman, setelah di pulang daripada festival filem di Cannes, dia terus melawat Allahyarhamah yang ketika itu sedang kritikal dan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Kalau nak ikutkan keadaan nenek pada minggu lepas agak sihat dan Rabu lalu, dia nampak sedikit bertenaga. Saya terkejut apabila mendapat tahu dia sudah kritikal.

“Apa-apa pun, semua ini sudah menjadi ketentuan-Nya dan saya serta keluarga menerima pemergian ini dengan redha,” tuturnya.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Kelang Gate dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate Baru, Hulu Klang selepas Asar.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top