Artis meriahkan Rentap Futsal 2
FORTEEN
AZLAN & THE TYPEWRITER, Mila Jirin, Farawahida dan Nubhan bakal memeriahkan kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 yang berlangsung dari 26 hingga 29 Mei ini di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya.
"Mereka bakal terbabit untuk acara persembahan," ujar pengarang hiburan Kosmo!, Yusman Awang.
Menurutnya, Azlan & The Typewritter dan Farawahida bakal membuat persembahan di lokasi kejohanan pada hari Sabtu, 28 Mei pukul 5 petang, manakala Mila dan Nubhan akan menghangatkan pentas persembahan pada Ahad, 29 Mei menjelang pukul 2 petang.
"Bukan itu sahaja, suatu persembahan artis akan berlangsung menjelang pukul 12 tengah malam Sabtu, 28 Mei," ujar Yusman.
Tambahnya: "Acara itu bakal dimeriahkan oleh dua artis yang bernaung di bawah KRU Records iaitu Forteen (yang turut dianggotai Rizu One In A Million) dan kumpulan Tiga yang dianggotai tiga gadis remaja."
"Persembahan bakal bertambah hangat dengan kemunculan Yazer AF dan dua kumpulan tarian daripada program Showdown 2011 iaitu HMC Flow dan Bounce Stepperz."
Pada 28 Mei juga, iaitu pukul 2 petang bakal berlangsung perlawanan futsal selebriti membabitkan 14 orang selebriti.
"Artis kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Mentor, Anak Wayang dan My StarzLG adalah antara yang bakal menunjukkan skil bermain futsal masing-masing, " kata Yusman lagi.
Barisan selebriti itu terdiri daripada Rina AF6, juara Mentor 4 Mohd., juara MyStazLG 3 Tom serta dua bintang kelahiran Anak Wayang, Afzan A. Rahman dan Amar Baharin.
Barisan selebriti yang akan bermain futsal dimeriahkan lagi dengan kemunculan nama-nama terkenal seperti Roslan Shah, Sheera Iskandar, Yatt Hamzah serta dua pelakon muda, Zain Saidin dan Syed Ali selain juara bintang Pantene, Fida Ibrahim.
Tidak ketinggalan model dan pelakon Shafiq Isam serta pelakon baharu, Tengku Norhanis.
0 ulasan:
Catat Ulasan