
ANGGOTA SuJu paling muda, Kyuhyun (kanan) pun sudah pandai mengikut abang Heechul (kiri) bergaya.
LEBIH menarik lagi, persembahan mereka nanti adalah percuma! Tidak kisahlah yang datang itu bukan semua anggota SuJu, sebaliknya hanya sebahagian sahaja iaitu Super Junior-M, yang pastinya para peminat di Malaysia sekali lagi berpeluang menyaksikan persembahan hebat mereka.
Super Junior-M memang ditubuhkan khas sebagai entiti kecil SuJu untuk memenuhi tuntutan promosi di China. Difahamkan huruf M itu mewakili singkatan Mandarin.
Subgrup lain adalah Super Junior-T (menyanyikan lagu-lagu Trot) dan Super Junior KRY (diwakili tiga anggotai yang mempunyai suara paling mantap iaitu Kyuhyun, Ryeowook dan Yesung).
Kalau hendak diikutkan, SuJu seumpama kilang yang mengeluarkan pelbagai bakat seni dalam industri hiburan Korea.
Bukan sekadar bidang nyanyian, anggota SuJu yang kini seramai 10 orang juga meneroka cabang seni lain seperti pengacaraan dan lakonan.
Anggota tertua Lee Teuk dan Heechul memang diiktiraf antara pengacara yang bagus.
Lee Teuk dengan Akademi Teuk dapat kita saksikan saban minggu muncul dalam program Strong Heart yang ditayangkan di saluran Astro manakala Heechul pula sering dipanggil mengacara program besar seperti Festival Muzik SBS yang juga disiarkan di televisyen baru-baru ini.
Dalam bidang lakonan pula, Choi Si Won atau Siwon paling menonjol dengan membawakan watak utama dalam Oh! My Lady dan terbaru sebagai ejen elit dalam Athena: The Goddess of War.
Lee Sungmin pernah kita saksikan lakonannya dalam The President sebelum ini. Kini seorang lagi anggota kacak SuJu, Donghae mengorak langkah dalam bidang lakonan menerusi drama It’s Okay, Daddy’s Girl yang sedang ditayangkan di Astro.
Seperti yang pernah dilaporkan di ruangan ini, Siwon dan Donghae akan muncul bersama dalam drama Taiwan tidak lama lagi.
Anggota SuJu yang lain juga sibuk dengan aktiviti masing-masing antaranya sebagai deejay radio dan tetamu program realiti. Malah anggota termuda yang bersuara paling merdu, Kyuhyun sedang berjinak-jinak dengan dunia peragaan dan model iklan.
Apa yang pasti, setiap seorang anggota SuJu memang berbakat dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Dan mereka juga tidak takut mencuba perkara baru.
Apa-apapun, diharapkan para peminat SuJu bergembira menonton konsert percuma mereka minggu depan. Jangan lupa jaga keselamatan kerana tahu-tahulah macam-macam boleh berlaku dalam keadaan bersesak itu!
# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa
0 ulasan:
Catat Ulasan