Saya bukan primadona – Nora Danish
Pelakon cantik Nora Danish yang berusia 33 tahun ini punya pengikut setia yang sentiasa menyokong perkembangan karier seni yang telah terbina sejak 2005.
Tidak sukar untuk Nora meraih perhatian dan sokongan peminat kerana dia punya aura tersendiri untuk memikat hati masyarakat, tidak sekadar bersandar kepada rupa paras yang jelita sahaja.
Bagaimanapun Nora tidak begitu selesa apabila ada yang menganggap dan menjulang dirinya sebagai seorang primadona lantaran menyifatkan gelaran terlalu tinggi untuk diberikan kepada seorang pelakon yang masih lagi dalam proses belajar seperti dirinya.
“Janganlah terlalu tinggi meletakkan darjat saya seperti seorang primadona. Bagi saya itu terlalu berharga dan masih belum layak untuk diberikan kepada saya.
“Kalau ikutkan, Erra Fazira adalah orang yang selayaknya menerima gelaran itu kerana seperti yang kita tahu, sumbangannya sebagai heroin filem dan drama lebih banyak berbanding saya.
“Dia sudah mencipta nama sejak dari zaman filem Sembilu dan untuk saya menjadi seperti dirinya amat jauh dan barangkali tak terkejar. Dia sudah jadi sebuah jenama yang mahal dalam industri dan sesuailah jika dia digelar seorang primadona,” katanya.
Mengagumi bakat dan cara kerja Erra Fazira sebagai seorang pelakon senior kesukaannya, Nora menganggap Erra adalah ikon terbaik untuk dijadikan contoh buat pelapis pelakon baharu dunia hiburan tanah air.
Punya pakej lengkap sebagai seorang primadona, Nora juga beranggapan Erra sangat profesinal dalam mengendalikan bakatnya dalam bidang seni selain hal-hal lain yang menghimpit kehidupan peribadinya termasuk kontroversi dan gosip panas.
“Saya sudah lama mengagumi Erra secara peribadi. Saya tak layak mengangkat diri sebagai primadona sebab sebagai seorang pelakon pun, saya masih menunggu naskhah yang benar-benar mampu menaikkan graf lakonan saya.
“Setakat ini, saya belum berpuas hati dengan tahap lakonan saya dan masih menunggu naskhah yang mampu menguji kemampuan saya,” katanya.
Tidak cuma mencari ruang populariti sebagai seorang heroin, kata Nora, dia sebenarnya tidak pernah memilih watak tertentu kerana baginya yang penting adalah kualiti naskhah yang dijayakan.
“Bukan tidak ada melakonkan watak pembantu. Janganlah ingat saya cuma mengejar watak utama saja. Bagi saya, yang bagus dan berbaloi, saya akan ambil.
“Saya lihat banyak juga artis baharu yang sudah diberi peluang untuk watak utama. Ini satu perkembangan yang sihat.
“Pun begitu, saya tak nafikan, saya amat bersyukur kerana walaupun sudah bergelar ibu, saya masih diberi peluang dan kepercayaan untuk memegang watak utama sehingga hari ini,” katanya yang turut bercadang untuk membuka sebuah butik kafe dalam usaha untuk mengembangkan sayapnya dalam dunia perniagaan.
Butik kafe yang diberi nama Kopi & XoXo itu akan dibuka di Jalan Riong, Bangsar , Kuala Lumpur menjelang Mac ini.
Mengakui awalnya tidak bercadang untuk melibatkan diri dalam perniagaan itu, dia bagaimanapun tidak menyangka dengan hanya cakap-cakap kosong bersama-sama lima orang sahabat baiknya, hal itu menjadi kemudiannya kini menjadi realiti. ~ Utusan

0 ulasan:
Catat Ulasan