Juara Mentor Legend milik Azmil

Azmil yang merupakan protege Dayang Nurfaizah telah dinobatkan sebagai Juara Mentor Legend!

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Azmil atau nama sebenar Azmil Karim bersama mentornya, Dayang Nurfaizah yang masing-masing membawa pulang kereta Proton Iriz.

Mereka turut berkongsi wang tunai RM300,000 serta trofi dan baucer Zalora.

Tempat ke-2 dimenangi oleh Aina (Mentor:Ella)
Tempat ke-3 dimenangi oleh Sarah (Mentor: Amny Search)

Konsert Akhir Mentor Legend telah pun berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Azmil Mentor Legend jadi juara


3 protege bersama mentor masing-masing telah berentap di pentas Final Mentor Legend untuk merebut gelaran juara dan seterusnya meraih hadiah yang cukup lumayan.

Mereka adalah, Sarah dan mentornya Amy Search, Aina dan mentornya Ella dan Azmil bersama mentornya Dayang Nurfaizah.

Program Mentor Legend ini masih mengekalkan format permarkahan kepada 3 bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus melalui undian SMS dan 20 peratus daripada juri awam yang terdiri dari kalangan pelajar muzik, wartawan dan golongan semi profesional dalam industri muzik.

Final Mentor Legend turut disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9:00 malam. Selain itu Mentor Legend boleh ditonton secara Live Streaming Konsert Akhir Mentor Legend di tonton.com.my ataupun di TV3 Online.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top