ISIS: Nora Danish Buat Laporan Polis

Nora Danish akan buat  laporan polis selepas mengetahui mengenai gambarnya dimanipulasi sekumpulan lelaki bergelar ‘Isis Malaysia 69′.

Menerusi laporan Berita Harian, Nora berkata dia mendapat tahu berita ini menerusi rakannya tengahari tadi dan dia sendiri sudah menonton video berkenaan.

Tambah Nora lagi, walaupun pihak tersebut tidak menyebut namanya namun dia tetap akan membuat laporan polis dan enggan memberi komen lanjut berhubung isu ini.

Hari ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan penyebaran klip video berdurasi kira-kira 1.02 minit di mana ianya memaparkan sekumpulan empat lelaki bertopeng mengugut untuk mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara di mahkamah pada 18 Februari ini.

Kumpulan tersebut menggunakan ID YouTube ‘Isis Malaysia 69′ dikhabarkan akan membuat ancaman terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun pada jam 11.30 malam.

Selain itu, kumpulan tersebut turut menghasut seluruh anak muda negara ini turut serta membantah dengan cara mereka di dalam keterangan video tersebut.

Apa yang menarik perhatian penonton video itu pada masa yang sama ialah cara kumpulan ini menggunakan gambar Nora Danish untuk membuktikan yang mereka adalah rakyat tempatan.

Meskipun video tersebut kelihatan parodi dan seakan main-main, tetapi tindakan berupa ancaman untuk meletupkan mahkamah itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh kesemua pihak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top