Ammar Alfian terpalit foto lama
Gara-gara kontroversi yang dicetuskannya, Ammar Alfian terpaksa menanggung akibatnya apabila diboikot pihak media selama empat tahun.
Kini, Ammar kembali lagi, tetapi dengan imej bersih dan semangat baru. Sampai masanya dia melupakan sejarah hitam dalam hidupnya itu.
Namun, nama Ammar nampaknya terpalit kontroversi sekali lagi dengan penyebaran gambar separuh bogelnya di Internet, baru-baru ini.
Gambar berkenaan sebenarnya pernah menjadi isu beberapa tahun lalu hingga Ammar terpaksa tampil membuat penjelasan, namun baru-baru ini ia disebarkan kembali oleh pihak tertentu kononnya itu gambar terbarunya.
Bagaimanapun, pelakon itu tidak cepat melatah dan tenang menjawab segala persoalan.
“Sebenarnya, gambar yang tersebar itu ketika saya berusia 19 tahun dan sekarang usia saya sudahpun mencecah 28 tahun.
“Terus terang, saya memang tidak boleh menghalang perbuatan orang daripada menyebarkan gambar lama ataupun menutup mulut orang daripada bercakap perkara buruk serta ingin menjatuhkan saya sekalipun dalam bidang hiburan,” katanya.
Apapun yang berlaku, kata Ammar, ia tidak sedikitpun menghalang hasratnya untuk mengubah diri menjadi insan yang lebih baik.
“Kalau orang masih tidak boleh terima hasrat saya untuk berubah, saya nak buat macam mana kan? Contohnya, peminat tetap boleh terima apabila ramai artis wanita kita yang sudah berhijrah dengan memakai tudung serta menjaga penampilan serta adab mereka sekarang.
“Justeru, kenapa apabila saya ingin berubah ke arah yang lebih baik, tetapi orang masih tidak boleh terima dan mengungkit kisah lalu saya?” katanya.
Pertaruh watak ketua gengster dalam Nasuha
Lupakan saja kontroversi yang melanda dirinya itu. Berkat doa dan kesabaran, Ammar tetap bersyukur kerana dia masih mendapat kepercayaan daripada pengarah.
“Alhamdulillah, setakat ini ada tawaran berlakon. Saya juga tidak mahu mencetuskan sebarang kontroversi lagi. Begitu juga hubungan dengan pihak media juga semakin baik dan pihak wartawanlah yang banyak membantu saya selama ini,” katanya.
Terbaru, Ammar diberi kepercayaan bawa watak Rocky yang juga ketua gengster dalam drama bersiri Nasuha. Drama bersiri 14 episod arahan Suhaimi Lua itu mula bersiaran pada 10 Februari ini menerusi Slot Ratu di TV9.
“Saya juga banyak berbincang dengan pengarah mengenai watak Rocky kerana inginkan kelainan kerana tidak mahu watak gengster Melayu yang klise iaitu kaki perempuan dan suka bergaduh saja.
“Sebaliknya, saya ingin mengubah Rocky menjadi bipolar yang gilakan wang dan hanya mementingkan diri sendiri,” katanya.
Berkongsi dari segi cabaran pula, kata Ammar, dia turut berdepan cabaran tersendiri untuk menjiwai watak berkenaan.
“Saya banyak bermain dengan emosi kerana watak Rocky ada turun dan naik kerana sekejap dia okey dan sekejap dia marah-marah serta mengamuk tidak tentu pasal.
“Pada masa sama, saya banyak menonton filem Hollywood seperti Scarface dan Oceans Eleven untuk menjiwai watak diserahkan dengan baik seperti dikehendaki wataknya,” katanya.
~ Metro

0 ulasan:
Catat Ulasan