Tasha Shilla Jelas Kontroversi 'Escort Girl'

Pelakon Tasha Shilla hari ini tampil memberi penjelasan untuk membersihkan namanya berikutan kontroversi mengaitkan dia sebagai gadis peneman atau 'escort girl'.

Tasha yang ditemani peguam Fahda Nur Ahmad Kamar berharap spekulasi negetif itu dan tidak benar itu dapat dihentikan.

Memetik kenyataan Tasha di portal akhbar tempatan, "saya mahu orang tahu saya ambil serius dalam semua hal. Jangan orang ingat gosip dan kontroversi melanda ini saya ambil endah tak endah.

Tasha Shilla

"Saya faham skop kerja wartawan dan beri kerjasama. Cuma jangan pantas melihat kerjasama ini sebagai ruang untuk memanipulasi atau seolah olah saya melakukan perkara itu.

"Saya sudah 28 tahun dan bukan lagi masa untuk bermain main. Berlakon punca rezeki saya. Saya tak mahu benda tak elok dikaitkan tanpa bukti yang kukuh,".

Tambahnya lagi, dia tidak pernah terfikir untuk membawa hal ini hingga keperingkat lebih serius sebaliknya mahu memperbetul dan diselesaikan secara baik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top