Sam Smith Menang Empat Trofi Di Anugerah Grammy 57
Bintang baharu, Sam Smith muncul sebagai pemenang terbanyak apabila memenangi empat trofi daripada enam pencalonan pada Anugerah Grammy ke-57 yang berlangsung di Staples Centre, Los Angeles, Amerika Syarikat, malam Ahad lalu (waktu tempatan).
Penyanyi dan komposer muda berusia 22 tahun itu menerima pengiktirafan menerusi kategori Artis Baru Terbaik serta Rekod dan Lagu Terbaik bagi lagu popularnya, Stay With Me.
Bukan itu sahaja, Smith turut memenangi Album Pop Vokal Terbaik bagi album studio pertamanya, In The Lonely Hour dengan menewaskan lima calon lain iaitu Coldplay, Miley Cyrus, Ariana Grande, Katy Perry dan Ed Sheeran.
Namun, album itu gagal diiktiraf sebagai Album Terbaik yang menyaksikan kejutan apabila kemenangan berpihak kepada Beck yang memenanginya menerusi album Morning Phase.
Beck yang menewaskan tiga calon lain termasuk Beyonce, Ed Sheeran dan Pharrell Williams itu turut memenangi kategori Album Rock Terbaik menerusi album yang sama.
Biarpun disebut-sebut akan menang besar pada majlis anugerah kali ini, namun Beyonce hanya mampu berpuas hati dengan kemenangannya apabila memenangi tiga trofi daripada enam pencalonan yang diterimanya kali ini.
Dia yang memenangi kategori Album Surround Sound Terbaik menerusi album solo kelimanya, Beyonce itu turut memenangi trofi Persembahan R&B dan Lagu R&B Terbaik menerusi lagu Drunk In Love hasil kolaborasi bersama suaminya, Jay-Z.
Dengan kemenangan itu, Beyonce kini sudah memiliki 20 buah trofi Grammy dan menjadikan dirinya sebagai salah seorang artis wanita yang menerima pengiktirafan terbanyak selepas Alison Krauss dan Aretha Franklin.
Malah, penyanyi lagu Listen itu juga mencipta sejarah penganjuran Grammy apabila menjadi satu-satunya artis wanita yang paling banyak dicalonkan dengan 53 pencalonan sejak tahun 2000 termasuk sewaktu bersama Destiny’s Child.
Tidak ketinggalan Pharrell Williams yang turut mencipta kemenangan menerusi lagu popularnya, Happy apabila memenangi Persembahan Vokal Solo Pop Terbaik dengan menewaskan empat calon lain iaitu John Legend, Sam Smith, Taylor Swift dan Sia.
Bukan itu sahaja, Williams juga memenangi dua kategori lain iaitu Muzik Video Terbaik untuk lagu Happy sementara albumnya, Girl pula diiktiraf sebagai Album Kontemporari Urban Terbaik.
Percubaan pertama penyanyi sensasi, Lady Gaga merakamkan album berentak jazz membuahkan hasil apabila album duetnya bersama penghibur legenda, Tony Bennett yang berjudul Cheek To Cheek memenangi kategori Album Tradisional Pop Terbaik.
Dalam genre country pula, bekas juara American Idol 2005, Carrie Underwood tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi trofi Grammy ketujuhnya bagi kategori Persembahan Solo Country Terbaik menerusi lagu terbarunya, Something In The Water.
Bagi Album Country Terbaik pula, ia dimenangi oleh Miranda Lambert untuk album Platinum sementara Persembahan Duo/Berkumpulan Country Terbaik pula menyaksikan kemenangan berpihak kepada The Band Perry menerusi lagu Gentle On My Mind.
Sementara itu, filem animasi paling laris di dunia, Frozen turut menerima pengiktirafan apabila lagu tema filem itu, Let It Go memenangi kategori Lagu Tema Terbaik sementara album runut bunyi itu pula dianugerahkan dengan trofi Album Runut Bunyi Terbaik.
Sebanyak 83 kategori telah dipertandingkan dalam edisi kali ini yang merangkumi kepelbagaian genre muzik termasuk pop, rock, R&B, gospel, country, jazz, latin dan komedi.
Majlis yang memberi pengiktirafan kepada industri muzik itu telah diacarakan oleh pelakon dan rapper terkenal, LL Cool J dan menyaksikan barisan artis terkenal membuat persembahan antaranya Madonna, Ariana Grande, Ed Sheeran, John Mayer, Usher, Sam Smith, Mary J. Blige, Beyonce, Common dan John Legend.

0 ulasan:
Catat Ulasan