Hubungan Cinta Fathia - Aiman belum putus

Fathia akui hubungan cintanya bersama pelakon Aiman Hakim Ridza yang berantakan dua minggu lalu kini semakin pulih.

Jelas Nur Fathia Latiff, dia sememangnya sayangkan hubungan mereka sementelah telah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.

"Adatlah, dalam hubungan mana pun pasti ada pasang surutnya. Saya sebenarnya sangat sayangkan dia.

"Kami bergaduh sikit sebelum ini sebab timbulnya salah faham. Tetapi, kami ambil keputusan untuk berbaik kerana masing-masing serius terhadap hubungan ini," katanya.


Akui Fathia, mereka nekad berbaik semula selepas berbincang dan mencapai kata sepakat.

"Saya sendiri pun bukan seorang yang suka main-main dalam sesebuah hubungan. Jadi, lebih baik kami fikir masa depan hubungan ini," katanya.

Menurutnya juga, kesibukan dia dan Aiman antara punca hubungan mereka dilanda masalah.

"Kami punya komitmen masing-masing, adakala kerana terlalu sibuk kami sukar berbincang.

"Jadi bila timbul satu-satu hal, ia membuatkan kami tertekan dan bergaduh," ujar pelakon berusia 26 tahun ini.

Sementara itu, Fathia yang dilantik sebagai duta utama Drama Festival Kuala Lumpur (2015) ini memberitahu, dia terharu dengan sokongan peminat yang sentiasa mendoakan hubungannya dengan Aiman.

"Mereka sentiasa berdoa agar hubungan kami pulih selepas mengetahui cerita perpisahan kami. Apapun, sekarang doa mereka sudah termakbul," katanya lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top