Adi Fashla: Susah cari makan jadi penyanyi

Nama Adi Fashla bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim pertama ini bukanlah asing di kalangan peminat seni, sementelah lagi dia antara bintang AF yang sering menjadi perhatian di awal kemunculan rancangan realiti popular itu.

Mengakui tidak mahu membuang masa dalam bidang nyanyian, Adi Fashla Jurami berkata, dia kini lebih selesa bergelar penyampai radio memandangkan ia satu kerjaya yang tetap berbanding bergelar penyanyi.

Sementelah penyampai radio Era FM ini mengakui semakin sukar mencari makan dalam bidang tersebut.

"Jika dahulu penyanyi boleh menghasilkan album dan dijual dalam unit yang banyak tetapi bukan sekarang. Zaman sekarang, rata-rata penyanyi akan tampil dengan single demi single. Jika single tersebut mendapat sambutan barulah ia akan dikumpulkan untuk sesebuah album," katanya.


Jelasnya, lambakan artis baru juga antara sebab dia tidak mengejar impiannya sebagai penyanyi lagi.

Berkongsi perkembangan terbaharunya, ujar Adi, selain sibuk sebagai penyampai radio Era FM, dia sering menjadi hos jemputan sesebuah majlis.

"Alhamdulillah, rezeki dalam bidang ini lebih murah sekarang. Kalau ada masa terluang pun ia tetap dipenuhi dengan kerja yang berfaedah," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top