Neelofa, Nabil ,AC Mizal dan Jozan hos/pengacara Anugerah MeleTop Era 2015 (AME2015)

Sempena penganjuran Anugerah MeleTop Era 2015 (AME2015) yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 22 Februari 2015, Neelofa akan lebih berhati-hati dalam memilih fesyen dan busana agar tidak dikritik seperti tahun lepas.

Pada tahun ini, pereka fesyen sedang meningkat naik, Fiziwoo diberi kepercayaan mereka dua persalinan pakaiannya untuk digayakan pada malam itu.

“Kejadian tahun lalu saya jadikan pengajaran untuk tampil dengan lebih baik kali ini. Tahun lalu, kekangan masa disebabkan berada di luar negara sebelum AME2014 diadakan menjadi faktor utama masalah tersebut berlaku.


“Kali ini saya mempunyai masa secukupnya untuk membuat persiapan. Saya melakukannya dengan lebih teliti dalam memilih gaya yang sesuai. Insya-Allah, Fiziwoo ada kewibawaannya tersendiri dalam mereka busana bersesuaian dengan imej bertudung yang saya miliki,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu, ketiadaannya pada sidang akhbar pertama yang berlangsung pada Disember lalu tidak bererti dia merajuk untuk menjadi hos majlis berkenaan, tetapi disebabkan kepadatan jadual seninya.

Sebab itulah, menurut gadis kacukan Melayu-Arab itu, pihak Astro mengambil keputusan untuk merahsiakan terlebih dahulu namanya sebagai hos, tetapi mengumumkan lebih awal nama Nabil Ahmad dan Datuk AC Mizal sebagai pengacara.

“Lagipun, Astro sendiri ada perancangan untuk membuat kejutan dengan mengumumkan dua lagi nama hos yang bakal berkongsi pentas pada malam itu nanti pada sidang akhbar hari ini. Jadi, mereka selitkan nama saya sekali untuk hari ini. Termasuklah barisan hos karpet merah.

“Tiada isu merajuk disebabkan peristiwa tahun lalu yang menyebabkan nama saya tidak diumumkan pada peringkat awal,” katanya memberi penjelasan.

Selain Neelofa, Nabil dan AC, turut menemani mereka pada AME2015 ialah pasangan pelawak Jozan yang terdiri daripada Johan Yazid dan Zizan Razak.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top