Milla Jovovich kembali dalam Resident Evil : The Final Chapter

Cabaran Resident Evil

Menyelak penglibatan Milla Jovovich, bermula tahun 1988, Jovovich telah membintangi lebih daripada 20 filem termasuk, Two Moon Junction, Return to the Blue Lagoon, Kuffs, Chaplin, Dazed and Confused, The Fifth Element, He Got Game, The Messenger: The Story of Joan of Arc, The Claim, The Million Dollar Hotel dan Zoolander.

Mula diberi peranan sebagai Alice menerusi Resident Evil pada 2002, Jovovich terus diberi kepercayaan untuk membintangi sekuel itu sehingga ke penghujung episod.

Untuk sekuel terakhir, Resident Evil : The Final Chapter, filem ini telah diperam sejak dua tahun lalu kerana memberi peluang kepada Jovovich untuk melahirkan anak terlebih dahulu.


Bakal menjalani penggambaran pada Ogos tahun ini, Jovovich memberitahu bahawa proses produksi filem ini terpaksa ditunda kerana dia sedang hamil anak kedua hasil perkongsian hidup bersama, Paul WS Anderson.

"Saya beruntung kerana kehamilan kali ini tidak merosakkan badan saya secara sepenuhnya kerana berat badan tidak naik mendadak seperti mengandungkan anak pertama.

"Jadi, untuk kembali ke lokasi, saya tidak memerlukan olahraga yang keras dan saya bakal bersiap-siap untuk filem sekuel ini," katanya yang bakal menjalani penggambaran filem itu di Cape Town, Afrika Selatan, seperti sekuel terdahulu.

Untuk filem ini pula, ia bakal ditayangkan secara umum pada 2 September tahun hadapan dan turut mendapatkan khidmat pengarahan daripada suaminya.

Tambah Jovovich, suaminya berpendapat bahawa, dua perkara iaitu mengandung dan perlu membunuh zombie bukanlah satu kombinasi yang tepat.

"Dia (Anderson) amat menitik beratkan soal kesihatan dan keselamatan saya dan bayi yang bakal lahir. Setelah melalui proses perbincangan yang agak lama, dia memutuskan untuk menunda sehingga bayi kami lahir," katanya lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top