Surat Cinta Untuk Malaysia: Filem iklan Petronas sarat dengan cinta
Dalam ruang borang yang berkait dengan urusan rasmi kerajaan, pengenalan kaum atau bangsa bagi Alan Bligh, 48, pengacara dan moderator di televisyen dan dalam majlis-majlis itu, dia termasuk dalam kategori ‘Dan Lain-Lain’.
Datuknya, seorang lelaki Inggeris, mengahwini wanita Serani dan bapanya berasal dari Miri Sarawak manakala ibunya berketurunan Cina yang ditinggalkan semasa lahir merupakan anak angkat kepada pasangan India dan Nyonya di Ipoh.
“Masa kecil saya banyak diasuh oleh nenek saya yang bercakap bahasa Melayu. Emak saya merupakan guru kanan tadika Persekutuan Seruan Islam di Ipoh meskipun berlainan agama manakala saya membesar dalam persekitaran masyarakat Melayu, Cina dan India.
“Sehingga kini, banyak kawan akrab saya daripada kalangan tiga bangsa itu. Keadaan masa lalu yang mencorakkan hubungan itu tanpa sebarang prejudis.
“Soal perkauman dan semakin kedengaran diperkatakan secara terbuka kini, ini bukan soal ‘tolerasi’ tetapi menuntut persefahaman tentang budaya dan apa yang kita warisi,” ujarnya.
Bagi Alan, jalan penyelesaian harus dicorakkan dengan kembali semula ke sekolah yang dianggap proses terbaik untuk terus mencorakkan wajah Malaysia yang masyarakat berbilang kaum hidup dalam suasana berkasih sayang, aman dan kekal sejahtera.
Alan menyingkap sedikit latar kehidupannya itu ketika menjadi moderator semasa memperkenalkan program Surat Cinta Untuk Malaysia (Love Letter To Malaysia) anjuran Petronas di Kelab Golf dan Rekreasi Petronas Kerteh, yang menjadi sebahagian daripada siri penganjuran di beberapa lokasi sepanjang tahun lalu.
Surat Cinta Untuk Malaysia merupakan suatu projek yang kembali memaparkan rentetan iklan komersil televisyen terpilih Petronas yang dihasilkan setiap tahun bagi menyemarakkan musim - musim perayaan itu kepada umum, dan kisah bersahaja latar kehidupan Alan itu mungkin boleh diangkat dalam filem seterusnya.
Dalam siri program yang telah dimulai di Kuala Lumpur, berapa anggota panel daripada pelbagai latar belakang temasuk dari institusi pengajian tinggi dan media telah diundang bersama sebilangan pegawai dan kakitangan Peteronas di samping mereka yang mewakili khalayak umum bagi memberi interpretasi atau penilaian mereka sendiri terhadap filem-filem itu.
Sebanyak 18 filem dipertontonkan yang dibahagikan kepada enam segemen iaitu Love: The Birth Of Storytelling; The Gift Of Friendship; Enduring Values; Growing Pains; Exploring Storyscaping: Social Cohesion di samping Bonus material.
Pembikinan iklan panjang dan jumlah siaran yang banyak sepanjang musim perayaan, tentunya melibatkan peruntukan yang juga besar dan iklan itu tidak harus hidup hanya pada musim sebegitu dan dilupakan sementara menunggu terbitan baharu muncul pada tahun kemudiannya.
Iklan-iklan yang mencecah durasi lebih tiga minit kelihatan diadun dalam bentuk yang mudah dan ringkas, menyelit unsur komedi dan mengocak emosi, yang banyak mengimbaukan kenangan, kelihatan nostalgik dan melankolik, namun apa yang diutarakan masih tetap bersesuaian dengan masa, bersifat kontemporari.
Kemunculan iklan-iklan Petronas melalui harapan penerajunya, telah merubah peraturan bagaimana selayaknya sebagai filem iklan dihasil atau dibayangkan dengan contoh yang menggetus rasa dengan luahan cinta terhadap negara, keluarga, rakan dan masyarakat - melangkaui batas sempadan bangsa dan kaum.

0 ulasan:
Catat Ulasan