Cinta Lokasi Dgn Puteri Najwa Utk Hayati Watak -Johan As'ari
Pelakon Johan As'ari mengakui wujudnya 'cinta lokasi' diantaranya dengan aktres Puteri Najwa ketika mereka sama-sama menjayakan drama bersiri terbitan Temenggong Pictures Sdn Bhd iaitu Waris Kasih.
Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari, 29, bagaimanapun berkata, perasaan itu wujud hanya semata-mata untuk menjiwai watak memandangkan mereka bergandingan sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri itu.
"Sebagai seorang pelakon, 'cinta lokasi' itu perlu ada dalam memberikan komitmen kepada watak yang dijayakan bersama heroin sesebuah drama atau pun filem.
"Saya akui wujud hubungan itu dengan Puteri Najwa tetapi ia sekadar untuk kami mendapatkan keserasian dalam mendalami watak yang diamanahkan,"
Johan mengulas laporan ruangan gosip sebuah akhbar pada Ahad yang mendakwa Johan cuba bermain cinta dengan Puteri Najwa dan tindakannya itu mendapat perhatian daripada produksi.
Drama bersiri Waris Kasih bakal bersiaran menerusi slot Azalea di TV3 tidak lama lagi.
Johan mengakui tidak mempunyai teman wanita.
Dalam pada itu, menjelaskan mengenai perkara itu, Johan berkata, hubungannya dengan Puteri Najwa kelihatan akrab berkemungkinan faktor hanya mereka berdua terlibat ketika penggambaran diadakan di Sungai Lembing, Kuantan Pahang.
Jelas Johan, dia tidak mempunyai sebarang niat tidak baik terhadap aktres itu apatah lagi cuba memikatnya kerana menghormati wanita berkenaan.
"Kami rapat sebab tiada pelakon lain ketika penggambaran di sana kerana banyak babak hanya melibatkan kami sahaja. Itu pun Puteri Najwa tidak berada lama di Sungai Lembing.
"Mungkin apa yang orang lain lihat cuma tanggapan mereka sahaja wahal tiada apa-apa berlaku diantara kami," jelasnya lagi.
Johan turut menegaskan 'cinta lokasi' itu tidak terbawa-bawa sehingga ke luar lokasi dan menjelaskan hubungannya mereka sekadar teman biasa sahaja.
Malah kata Johan, selepas beberapa kali kecundang dalam percintaan dia kini tidak terlalu memikirkan soal cinta sebaliknya ingin memberi fokus kepada kerjaya lakonannya.
"Banyak pengajaran yang saya dapat daripada pengalaman lalu dan saya sekarang tidak mempunyai teman istimewa dengan mana-mana wanita termasuk Puteri Najwa.
"Selepas selesai penggambaran Waris Kasih kami juga tidak ada berjumpa," katanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan