Frozen Fever, filem animasi pendek yang dinanti

'Frozen' kembali dengan filem animasi pendek bertajuk Frozen Fever.

Frozen Fever sudah mula jadi sebutan di media sosial apatah lagi setelah beberapa gambar daripada animasi pendek itu didedahkan.

Disney turut mengumumkannya di laman Twitter rasmi mereka.

Pelakon alih suara asal seperti Idina Menzel (Elsa), Kristen Bell (Anna), Jonathan Groff (Kristoff) dan Josh Gad (Olaf) kembali menghidupkan peranan masing-masing.

Frozen Fever

Animasi pendek berdurasi 7 minit itu akan memaparkan suasana di kerajaan Arendelle susulan pengakhiran versi filem yang menyaksikan Elsa dan Anna berbaik semula.

Selain itu, 'sneak peek' juga menyaksikan persediaan sambutan hari jadi Anna termasuk gaun baru Elsa.

Media sosial rancak dengan peminat Frozen dari serata dunia yang nyata teruja menantikan animasi pendek ini.

Frozen Fever akan dimainkan sebelum tayangan satu lagi filem Disney, 'Cinderella' yang dijadualkan 13 Mac ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top