Pelakon Alex Komang meninggal dunia

Pelakon popular Indonesia, Alex Komang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Dr. Kariadi, Semarang, Jawa Tengah pada Jumaat.

Anak saudaranya Izar Fauzi mengesahkan berita sedih itu di Rumah Sakit Umum Pusat, Kariadi Semarang, Indonesia, lapor Bisnis.com.

Menurut pihak keluarga, Alex Komang mengidap penyakit Hepatitis B, lapor detikHot.

Sebaik berita kematian pelakon disahkan, ramai artis popular Indonesia yang menyampaikan salam takziah di laman sosial Twitter termasuk rakan seperjuangan Allahyarham Alex, Joko Anwar.

Alex Komang

“Mas Alex Komang telah berpulang (meninggal dunia). Selamat jalan, Mas Alex. Kami sangat kehilangan dan akan merindukanmu,” tulis Joko.

Direktur Umum dan Operasional RSUP Dr Darwito berkata Alex sebelum ini menderita penyakit perut yang kronik dan menjalani rawatan sejak Disember 2014, lapor CNN Indonesia.

Alex sebelum ini pernah membintangi dalam filem Puteri Gunung Ledang arahan Saw Teong Hin dengan memegang watak Gusti Adipati Handaya Ningrat dan juga filem arahan U-Wei Haji Shaari, Hanyut.

Pengarah terkenal Indonesia, Joko Anwar turut mengumumkan berita kematian pelakon itu menerusi akaun Twitternya.

Antara filem yang pernah dibintanginya, Laskar Pelangi (2008), dan Rome Juliet (2009).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top