Bunga Cinta Lestari akui hidup sudah lengkap dan bahagia

Bunga Cinta Lestari mengakui kehidupannya sudah lengkap dan dia kini ‘wanita terbahagia’ sejak berkahwin dengan pelakon dan pengacara Malaysia, Ashraf Sinclair, 35, pada 2008.

Kehadiran anak lelaki Noah Sinclair yang dilahirkan empat tahun lalu juga menjadi pelengkap kehidupan pasangan romantis ini.


Bunga yang melancarkan single terbarunya berjudul Wanita Terbahagia di sini, semalam juga mengakui lagu itu cukup dekat dengan diri dan kehidupannya kini.

“Lagu Wanita Terbahagia saya dedikasikan khusus buat suami tercinta, Ashraf. Kehadiran Ashraf dalam hidup saya amat bermakna.

“Sukar untuk saya gambarkan bermaknanya itu seperti apa, tetapi apa yang mampu saya katakan Ashraf banyak melengkapkan ruang dalam hidup saya ini.

“Kehadiran dia (Ashraf) setiap masa di sisi menjadikan saya insan lebih baik. Ditambah lagi, kini kami ada anak. Kehidupan saya sebagai wanita sudah benar-benar lengkap dengan adanya suami dan anak. Bahkan, kehidupan harian kami sekeluarga jalani juga cukup bahagia,” katanya. ~ Metro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top