Rancangan Menarik History Channel Sepanjang Februari 2015

Sepanjang Februari ini, saluran History (CH 575) telah menyediakan rancangan-rancangan menarik untuk tontonan seisi keluarga.

Antaranya ialah rancangan ‘Acient Aliens S7’ musim terbaharu yang akan mula bersiaran pada 11 Februari, setiap Rabu, jam 10.00 malam.

Musim terbaharu rancangan ini kembali adalah untuk mengkaji soalan menarik tentang kewujudan makhluk asing yang hadir ke dunia berjuta tahun dahulu. Misteri Sfinks menyoal adakah monolit purba tersebut jauh lebih tua usianya dari 4500 tahun.

Dalam pada itu, rancangan hebat berjudul ‘The Curse of Oak Island’ kembali dengan musim kedua dan akan disiarkan pada 11 Februari, setiap Rabu, jam 11.00 malam.

Cerita ini mengisahkan tentang tiga orang remaja lelaki telah menemui sebuah lubang aneh di Oak Island iaitu sebuah pulau kecil dipenuhi hutan rimba berhampiran dengan pantai Nova Scotia, Kanada.

Desas-desus tentang harta karun rancak diperkatakan pada ketika itu. Lagennda Oak Island telah memulaka  pencarian harta karun lebih 200 tahun dahulu dan kini dua beradik iaitu Rick dan Marty Lagina akan memutuskan sumpahan lagenda Oak Island.

Episod baharu bagi rancangan ‘Pawn Star’ dan ‘Pawn Star UK’ akan bersiaran pada setiap Isnin jam 9.00 malam dan 10.00 malam.

Manakala ‘Storage Wars’ dan ‘United Stuff of America’ pula akan bersiaran setiap Selasa, 9.00 dan 10.00 malam.

Jadi jangan lupa untuk menyaksikan rancangan-rancangan menarik di saluran History (CH 575).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top