Syairul Zero Tangguh Perkahwinan, Fokus Kerjaya

Syaiful Zero mengaku telah menundakan perkahwinannya kepada satu tarikh lain kerena mahu fokus kepada kerjayanya bersama dua adiknya iaitu Sharif dan Atu.

Syaiful bersama dua lagi adik-adknya telah sepakat untuk membaiki rumah mereka dan membawa ibu mereka ke tanah suci untuk menunaikan Haji terlebih dahulu.

“Nawaitu asal kami menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) adalah untuk mendapatkan wang dan menunaikan dua hasrat kami itu" kata mereka kepada Astro Gempak.


Kumpulan Zero yang dianggotai oleh Sahrif Kadil Doli Sahrif (Sharif), Mohammad Syaiful Doli Sahrif (Syaiful) dan Sharif Kunal Doli Sahrif (Atu) sebelum ini bekerja sebagai nelayan dan buruh kasar sebelum menyertai Raja Lawak.

“Kesusahan hidup membuatkan kami cuba untuk mengubahnya. Tidak sangka, peluang memasuki program Raja Lawak sebelum ini menonjolkan bakat seni yang kami ada. Di situ, kami mula sedar hidup semakin bersinar,” kata Atu.

Dalam perkembangan lain, kumpulan Zero khabarnya bakal membintangi sebuah filem terbitan MIG yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top