Emma Maembong tiada ikatan istimewa lagi dgn Zizan

Emma Maembong menjelaskan dia dan Zizan sudah tiada ikatan istimewa dan tidak berbaik semula sebagai kekasih.

"Secara jujurnya, saya dengan Zizan memang sudah tidak ada apa-apa lagi hubungan. Tapi itu tak bererti saya terus memutuskan persahabatan dengannya. Dunia hiburan ini kecil, balik-balik akan jumpa orang yang sama.

"Sebab itu saya masih dilihat menemani atau bersamanya dalam acara hiburan. Tapi itu tak bererti saya dengan dia sudah berbaik semula.

"Benar memang orang suka dan doakan kami akan hidup bersama. Saya pun suka dengan situasi itu. Sudah dua tahun kami bercinta.


"Tapi takkanlah saya sewenang-wenangnya nak minta putus daripadanya. Mesti ada sebab. Tapi cukuplah saya pendam semuanya. Biarpun begitu orang masih beranggapan saya meninggalkannya masa dia (Zizan) susah dan cuba mengaibkannya," katanya.

Menurut Emma, beliau sebenarnya masih sayangkan Zizan cuma jodoh tak panjang untuk melihat kedua-duanya ke pintu gerbang perkahwinan.

"Sejujurnya apabila kami putus, ramai yang nampak seperti saya jahat dan tak kurang menganggap saya berkelakuan seperti budak-budak. Tak kisahlah apa orang nak cakap. Saya tak mampu memuaskan hati orang di luar sana.

"Biasalah orang di luar sana juga pantas menghukum dan menuding jari. Tak semestinya yang berdiam selama ini atau sebaliknya betul.

"Begitu juga sebaliknya. Orang di luar sana tak tahu apa yang terjadi antara kami. Hanya kami yang tahu segala-galanya.

"Sampai pada satu tahap saya muat naik lagu jiwang atau rentan pun orang cakap saya bersifat kebudak-budakan. Mungkin lepas ini saya akan muat naik lagu raya sebelum waktunya pula untuk menunjukkan saya gembira," kata Emma. ~ BH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top