Farah Quinn Lebih Senang Hidup Solo

Nama Farah Quinn kian femes di Malaysia, namun tidak ramai yang tahu Farah Quinn merupakan ibu tunggal kepada seorang anak. Menurut sumber, Chef selebriti  ini telah bercerai pada tahun lalu namun tidak pernah memberitahu kepada media di atas alasan ianya bersifat peribadi. Walaupun berpisah hubungan diantara dia dan bekas suaminya itu masih baik malah tidak pernah bermusuhan.

Perkara ini dilakukan diatas faktor anak mereka masih diusia yang kecil selain memerlukan kasih sayang diantara mereka berdua. Selain dari itu, Farah Quinn dan suami telah berbincang terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk mendedahkan kepada umum. Sepanjang perkahwinan mereka telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki bernama Armand Fauzan Quinn berusia 7 tahun.


Bukan itu saja, selebriti terkenal di Indonesia ini turut senang dengan kehidupan solonya sambil telah banyak belajar terutama ketika menetap di bumi Amerika Syarikat satu ketika dahulu. Selain itu, Farah Quinn turut telah berdikari semenjak berusia 16 tahun sekaligus menjadikan dirinya lebih matang untuk berdepan dengan kehidupan masa hadapan.

Sumber: Rotikaya

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top