Hafiz Suip Kena Jalani Fisioterapi Setahun

Penyanyi Hafiz perlu akur apabila kena menjalani rawatan fisioterapi selama setahun di sebuah hospital swasta di Subang Jaya dekat sini akibat kecederaan pada bahagian tulang belakangnya (slipped disc) bulan lalu.

Hafiz, 25, berkata, biarpun kecederaan tersebut sudah pun pulih namun dia masih perlu melakukan rawatan tersebut bagi memastikan dia benar-benar bebas penyakit itu.

"Kecederaan slipped disc itu telah menghimpit beberapa saraf lain pada badan saya. Biarpun ia semakin pulih namun doktor mahu saya menjalani rawatan fisioterapi selama setahun bagi memastikan masalah itu tidak berulang.

"Biarpun perlu berulang-alik ke hospital dalam jangka masa setahun ini tetapi saya akur demi kesihatan saya," kata Hafiz.

Terdahulu, Hafiz dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit pada bahagian belakang badannya akibat tercedera semasa bermain futsal.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, biarpun dia kini kelihatan sihat namun dia dinasihatkan tidak melakukan sebarang kerja berat selain berdiri terlalu lama.

"Kesakitan yang saya alami sebelum ini memang teruk dan Alhamdulillah sekarang saya semakin pulih dan mengikut semua arahan yang doktor berikan.

"Pun begitu saya kini kembali aktif mengambil undangan nyanyian tetapi lebih berhati-hati dalam pergerakan saya," katanya. ~ mstar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top