5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Keluarga Karaoke

‘Keluarga Karaoke’ merupakan sebuah drama baru arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin telah menemui penonton pada Isnin.

Antara pelakon yang membintangi filem tersebut ialah Elyana, Sherry Ibrahim, Raja Ema, El Faeza Ul-Haq, Beego dan Zarina Zainuddin.

Drama bersiri sebanyak 60 episod itu merupakan sebuah komedi santai yang menampilkan hubungan kekeluargaan di antara ibu dan tiga orang anaknya dalam menghadapi cabaran untuk menyelesaikan masalah hutang berjumlah 10 juta yang ditinggalkan secara rahsia oleh arwah bapa mereka.

Di sini ingin berkongsi lima sebab mengapa perlu tonton drama bersiri ‘Keluarga Karaoke.

Kemunculan Elyana
‘Keluarga Karaoke’ sememangnya drama bersiri yang dinantikan oleh peminat Elyana kerana ini merupakan kemunculan kembali penyanyi dan pelakon itu selepas beberapa tahun tidak aktif di dalam dunia hiburan.

Gabungan Elyana dan Sherry Ibrahim
Masih ingatkah bagaimana riuhnya drama Renjis lakonan mereka suatu ketika dahulu? ‘Keluarga Karaoke’ ibarat mengembalikan nostalgia lakonan mantap dan keserasian mereka berdua.

Konflik Kelurga Untuk Menyelesaikan Hutang RM 10 Juta
Keluarga Puan Maria (Raja Ema) yang selama ini hidup dengan gembira menjadi duka setelah kematian suaminya. Lebih-lebih lagi bila keluarga mereka mendapat tahu bahawa suaminya telah meninggalkan hutang berjumlah RM 10 juta!

Puan Maria bersama tiga orang anaknya terpaksa mencari jalan untuk melangsaikan hutang tersebut. Banyak perkara  yang terjadi sewaktu mereka cuba pelbagai idea untuk seleasikan masalah tersebut.

Anak - Beranak Kaki Gosip
Puan Maria dan anak-anaknya iaitu Azura (Sherry), Baizura (Elyana) dan Fazura (El Faeza Ul-Haq) memang gemar bergosip. Pantang nampak sahaja ada perkara atau sesuatu yang mencurigakan pasti mereka akan ‘bersohseh-sohseh’ sesama mereka.

  Perangai Anak-Beranak Yang Havoc
Tiga orang anak perempuan Puan Maria semuanya berlainan watak, kadangkala-kala ibu mereka sendiri pening melayan karenah anak-anaknya. Walaupun Azura dan Baizura sudah berkahwin namun sikap manja dan sering bergaduh antara satu sama lain tetap ada. Fazura pula merupakan anak bongsu dan dsifatkan sebagai seorang yang manja. Apabila ketiga-tiga mereka bergabung kepohlah jadinya.

Jadi jangan lupa untuk menyaksikan ‘Keluarga Karaoke’ setiap Isnin hingga Rabu, jam 10.00 malam bermula 9 Februari 2015 secara eksklusif di Mustika HD (saluran 134) dan tayangan serentak di Astro Bella (saluran 133).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top