Almy Nadia, Fizz Fairuz dapat bayi perempuan

Artis Almy Nadia selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan swasta di Setapak, di sini, jam 6.49 petang 16 Februari 2015.

Almy ketika dihubungi berkata, dia dimasukkan ke hospital itu Sabtu lalu dan suaminya yang juga pelakon Fizz Fairuz turut berada disisinya ketika dia bersalin.

Bayi yang belum diberi nama itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.25 kilogram.

“Kalau diikutkan saya dijangka bersalin pada 27 Februari ini. Kebetulan pula Fizz tidak terbabit dengan penggambaran, dapatlah dia menemani saya sepanjang di hospital.

“Dengan panduan doktor, Fizz memotong sendiri tali pusat bayi. Alhamdulillah bayi kami sihat dan mungkin petang ini kami dibenarkan pulang,” katanya.


Pasangan yang berkahwin pada 26 April tahun lalu sudah mempunyai nama yang sesuai untuk bayi mereka, namun belum mendaftarkannya. Almy akan dijaga ibunya sendiri ketika proses berpantang.

“Emak sudah berada dengan kami untuk jaga saya. Kalau ikutkan caranya, saya memang kena berpantang bersungguh-sungguh selama 44 hari. Emak juga tak benarkan kami berkongsi wajah anak kepada umum selagi belum tamat tempoh berpantang.

“Kami sedar kami pasangan selebriti, tetapi dalam hal ini kami perlu juga jaga kepentingan anak kami,” katanya. ~ Metro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top