Pihak Syarikat MLM Rania Marketing Yakin Wujud Kekeliruan

Pihak Syarikat MLM, Rania Marketing Sdn.Bhd tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan pelakon Azad dan isterinya, Eira Syazira yang dituduh melarikan wang orang bawahannya.

Media hiburan tempatan melaporkan, Duta Rania Marketing Sdn. Bhd Mohd Hisham berkata, pemilik syarikat, Datuk Suhaimi Othman dan isterinya, Datin Muniroh Shuhaimy tidak pernah menuduh pasangan artis itu melarikan wang berkenaan dan ia merupakan salah faham.

Jelasnya, Datuk Suhaimi hanya pernah mendedahkan Azad dan isterinya mencapai pendapatan terkumpul hampir RM200 ribu ketika menjadi pengedar Rania sejak Mei tahun lalu sehingga sekarang.

Hashim berkata, pihaknya yakin wujud kekeliruan dan salah faham isu berhubung isu tersebut.


Berikutan dari itu, perancangan 'roadshow' yang melibatkan Azad dan Eira turut terbatal ekoran keputusan mereka menarik diri.

Menurutnya lagi, pihak Rania Marketing tidak mahu memperbesarkan perkara itu dan memberi masa selama 14 hari bermula semalam untuk Azad menjawab dan memperbetulkan kembali keadaan selain dijemput datang ke pejabat urusan bersama 1,000 orang yang didakwa tidak mendapat bayaran sepatutnya untuk membuat semakan.

Minggu lalu, Azad Jasmi dan isterinya, Eira Syazira mengadakan sidang akhbar untuk mempertahankan diri daripada dakwaan melesapkan wang pelabur syarikat berkenaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top