Juara Maharaja Lawak Mega 2014

Kumpulan pelawak Zero menang Juara Maharaja Lawak Mega 2014.

Zero sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)  berjaya membawa pulang hadiah kemenanganwang tunai sebanyak RM500000 dan trofi sumbangan Astro.

Kejayaan Zero ini sememangnya dramatik apabila mereka pada asalnya hanyalah peserta Hot Seat MLM 2014 namun atas kerja keras dan kreativiti mereka sepanjang 13 minggu MLM 2014 berlangsung, mereka akhirnya kini dinobatkan sebagai juara.

Kejayaan ini juga membolehkan mereka tiga beradik iaitu Syaiful, Shahril dan Atu menerima hadiah wang tunai RM500,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Tahniah buat ‪#‎superherolawak‬ ZERO kerana telah dinobatkan Juara ‪#‎maharajalawakmega‬ 2014. Terima kasih buat semua yang menyokong #maharajalawakmega 2014 dari awal hingga akhir.

Senarai Keputusan Penuh Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)

Johan: Zero
Naib Johan: Sepahtu
Tempat ke-3: Nabil
Tempat ke-4: Shiro
Tempat ke-5: Bocey

Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) digegarkan dengan persembahan daripada lima finalis iaitu Zero, Sepahtu, Shiro, Nabil dan Bocey.

Juara Maharaja Lawak Mega 2014 menawarkan hadiah wang tunai RM500,000 manakala sistem permakahan dikekalkan 70% markah oleh juri tetap dan 30% daripada undian  penonton dan seperti lazimnya, Dato AC Mizal kekal sebagai pengacara.

Juara Maharaja Lawak Mega 2014

Pentas akhir MLM 2014 di Astro Warna, Astro Mustika HD dan Astro Ria yang dibawakan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil.

Maharaja Lawak Mega 2014 menyaksikan persaingan yang amat sengit di kalangan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik yang mana setiap peserta yang bertanding masing-masing mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini.

Juri MLM 2014 ialah Fazura, Taufik Batisah, Farah Quinn dan Dato Jalaluddin Hassan

0 ulasan:

Catat Ulasan

DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top