100 program kombinasi BLOCKBUSTER

Selaku stesen televisyen terunggul negara, TV3 terus cemerlang dalam dunia penyiaran tanah air dan antara penyumbang kepada kejayaan hebat TV ialah slot drama Akasia yang berjaya menarik perhatian lebih 11 juta penonton secara konsisten sejak 2013.

Akasia adalah segmen drama yang terbaik bagi untuk stesen itu yang berjaya menarik minat penonton melalui adaptasi novel Melayu popular seperti Ariana Rose, Cerita Cinta Kita, Cinta Ilahi, Jalan Mati, Jika Itu Ditakdirkan dan Aku Isterinya adalah antara judul drama yang akan menemui penonton kelak.

Menampilkan siri drama tempatan untuk menawan hati penontonnya secara berterusan, TV3 juga mendominasi slot bukan waktu puncak iaitu Azalea yang disiarkan pada jam 4 hingga 5 petang, dengan jumlah penonton melebihi dua juta orang.

Antaranya drama Derhaka Seorang Madu dan Dapur Panas, iaitu program memasak baru menampilkan Chef Nik Michael yang disiarkan pada Ramadan lalu. Derhaka Seorang Madu berjaya mengatasi program saluran lain dengan menawan 1.8 juta penonton. Dapur Panas akan menemui semula peminatnya pada jam 11.30 pagi, menggantikan program popular sebelum ini, iaitu Spice Routes dan 5 Rencah 5 Rasa.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Oma berkata, dalam mengekalkan momentum mendominasi pasaran massa Melayu, TV3 akan memperkenalkan drama tempatan baru seperti Cerita Cinta Kita, Jalan Mati dan Cinta Ilahi, serta program francais komedi rating tinggi yang akan menemui peminat semula, seperti Bintang Mencari Bintang (musim kedua), Liga Lawak Superstar (musim kedua) dan program realiti mencari bakat, Mentor Legend.

"Rangkaian Televisyen Media Prima memperkenalkan kepelbagaian rancangan baru yang akan disiarkan di pelbagai platform media miliknya. Dipaparkan senarai program inovatif yang bakal disiarkan di pelbagai platform kami sejajar dengan matlamat untuk meluaskan lagi tawaran pemasaran bersepadunya, di samping terus mengekalkan kedudukan Media Prima sebagai peneraju industri penyiaran tanah air," katanya pada majlis tahunan Screenings Rangkaian Televisyen Media Prima di ibu negara, baru-baru ini,

Katanya, sebagai platform media terbesar di Malaysia, Universal Media Prima merangkumi saluran televisyen utamanya iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9 dan saluran rasmi laman web, platform media sosial yang mempunyai pengikut yang ramai, serta acara `ground events' yang merangkumi pelbagai segmen pasaran.

Rangkuman Universal ini juga meliputi platform Media Prima Digital (Tonton dan Gua.com.my), rangkaian radio (Hot FM, Fly FM dan One FM), media cetak (New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro) dan Pengiklanan Luar (Big Tree, Kurnia dan Gotcha).

"Bagi 2014, Media Prima dijangka membawa lebih 100 program di keempat-empat saluran televisyen utamanya, iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9.

Program ini termasuk kombinasinasi blockbuster tempatan seperti siri drama, program realiti, program memasak, program bual bicara, rencana dan banyak lagi.

"Bagi memastikan kandungan program ini memenuhi kehendak penonton dan bertaraf global, beberapa program ini diterbitkan secara usaha sama dengan syarikat penerbitan yang utama di serata dunia. Tahun 2014 adalah tahun di mana Media Prima memberi lebih tumpuan untuk membawa kandungan program sukan yang berprofil tinggi di pelbagai saluran bagi mewujudkan semula kejayaan yang dicapai melalui penyiaran beberapa perlawanan bola sepak sejak dua tahun kebelakangan ini," katanya.

Media Prima menerajui industri dengan keupayaannya untuk mencakupi audien sasaran yang terbesar iaitu melebihi 24 juta rakyat Malaysia setiap hari melalui rangkaian televisyen terstrial dan satelit.

TV3 terus mengekalkan kedudukannya sebagai saluran premium massa dengan waktu siaran utama yang menunjukkan peningkatan yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

"Sejajar dengan ini, rangkaian ini terus berusaha untuk membawa jenama ke platform media sosial di samping menarik minat penonton online yang semakin meningkat melalui Tonton, portal video nombor satu Malaysia yang menarik lapan juta tontonan video sebulan.

"Media Prima juga komited di dalam penganjuran acara-acara ground event dan persembahan secara `live' bagi memberi jenama peluang efektif untuk mendampingi audien dengan lebih dekat, secara offline dan juga online," katanya.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top