Sinopsis Teater Menora 'Raja Hat Sak Rang Si'

Teater Menora 'Raja Hat Sak Rang Si' mengisahkan seorang raja yang bernama Raja Hat Sak Rang Si yang memerintah pada sebuah negeri yang bernama negeri Si Wan Na. 

Raja tersebut juga mempunyai seorang puteri yang diberi nama Puteri Ikan. Namun kekecohan berlaku pada negeri raja tersebut setelah mendapat khabar dari pengasuh antara dua yang mengatakan terdapat seorang lelaki bersekedudukan dengan putrinya di dalam istana. 

Ini menyebabkan kermurkaan pada raja dan lalu mentitahkan pengasuh antara dua mengerah sekalian askar yang berada dalam negeri itu untuk menangkap lelaki tersebut. 

Setelah diugut dan diancam oleh para askar serta raja Hat Sak Rang Si sendiri, akhirnya lelaki itu munculkan dirinya. Rupa – rupanya lelaki itu merupakan anak raja dari negeri lain yang bergelar anak raja Cahaya Bulan, namun itu tidak meredakan kemarahan raja Hat Sak Rang Si lalu mentitahkan kepada pengasuh supaya anak raja Cahaya Bulan itu ditangkap dan bawa kepada beliau diatas balai untuk dibunuh. 

Namun, oleh kerana kebodohan pengasuh berdua itu, anak raja Cahaya Bulan itu tidak dapat ditangkap malah mereka berdua termakan dengan tipu daya anak raja yang cilik itu. 

Ini menambahkan lagi kemurkaan beliau raja. Raja mentitahkan pengasuh berdua agar pergi menangkap anak raja Cahaya Bulan buat kali kedua. Anak raja Cahaya Bulan yang berjaya melepaskan diri daripada peran berdua telah berlari pergi mendapatkan Puteri Ikan di istananya. 

Anak raja Cahaya Bulan mengajak Puteri Ikan untuk lari bersamanya. Mereka berjumpa dengan pohon ajaib tersebut lalu pulang ke negeri anak raja Cahaya Bulan iaitu negeri Serendah Sepagar Ruyung. Raja Hat Sak Rang Si yang murka telah mengarahkkan peran berdua mengumpul kesemua askar yang ada untuk pergi bersamanya mencari anak raja Cahaya Bulan. 

Di dalam perjalanan mereka mencari anak raja Cahaya Bulan, mereka juga secara tiba tiba telah berada di negeri Serendah Sepagar Ruyung apabila melalui pohon tersebut. 

Di negeri Serendah Sepagar Ruyung, angkatan tentera Raja Hat Sak Rang Si telah berlawan dengan angkatan tentera negeri sana kerana kesalahan menceroboh. Namun, selepas Raja Hat Sak Rang Si menemui Raja Besar, anak raja Cahaya Bulan telah memperbetulkan keadaan dengan menceritakan perkara yang sebenar. Raja Besar dan Raja Hat Sak Rang Si juga baru tersedar bahawa mereka adalah teman sepermainan kecil dahulu. 


Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk mengahwinkan kedua dua anak mereka.

Jom saksikan Teater Menora 'Raja Hat Sak Rang Si' di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam pada 23 & 24 November 2013 ini.

Tiket-tiket berharga RM10 boleh dibeli dengan menghubungi Tini (013-8238704), Ika (017-6462229) dan Jijie (013-3409335).



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top