Hafiz Hamidun pernah kehilangan saudara kerana HIV

Kehilangan ahli keluarga terdekat akibat AIDS menyedarkan penyanyi nasyid Hafiz Hamidun betapa pentingnya ilmu tentang penyakit yang sering menjadi mangsa diskriminasi masyarakat itu. Ekoran itu, Hafiz sendiri menawarkan diri kepada Majlis AIDS Malaysia (MAC) untuk menjadi sebahagian daripada Red Ribbon Celebrity Supporter (RRCS) untuk membantu mempertingkatkan kesedaran tentang AIDS kepada masyarakat.

“Ada dua orang saudara saya pernah meninggal dunia gara-gara AIDS. Perkara itu sudah lama berlaku, saya pun masih kecil. Waktu itu, orang ramai masih tidak tahu banyak tentang AIDS. Apabila kita tak tahu mengenai penyakit itu, kita tak tahu bagaimana untuk membantu dan memberi sokongan buat mereka yang menderita HIV positif. Saya akui, saya sendiri sebelum ini jahil tentang AIDS,” kongsi Hafiz.


Sebagai ahli baru RRCS, Hafiz diberi tanggungjawab untuk memberi kesedaran tentang AIDS dalam konsep agama Islam. Menurut Hafiz, kebanyakkan program yang dihadirinya berbentuk ceramah agama dan dia merasa rugi jika tidak diselitkan dengan ilmu mengenai AIDS.

“Saya dimaklumkan 70 peratus penghidap HIV positif adalah mereka yang beragama Islam. Angka itu sangat besar dan harus ditangani. Kebetulan saya terlibat dengan banyak program-program keagamaan. Jadi ia platform yang sangat sesuai untuk mendekati masyarakat Melayu dan Islam khususnya dan berkongsi tentang AIDS,” ujar Hafiz.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top