Hulk Hogan pernah cuba bunuh diri

Di sebalik kehidupan glamor, bintang gusti, Hulk Hogan, pernah mahu menamatkan nyawa sendiri sekitar 2007 ketika keluarganya berdepan tragedi ditambah perkahwinan yang menuju perceraian.

Legenda sukan yang mempunyai program realiti TV sendiri, Hogan Knows Best, itu mendedahkan pembatalan siri berkenaan dan kegoyahan rumah tangganya membuatkan hidupnya kacaubilau.

Menerusi rancangan Oprah: Where Are They Now?, dia mendedahkan pada saat itu dia berasakan sekelilingnya gelap kerana masalah seakan datang bertimpatimpa hingga dia tidak tertahan menanggung beban.

"Saya menjadi peminum tegar. Saya juga sentiasa tertanyatanya, bagaimana seseorang sanggup mengambil nyawa sendiri? Sampai satu tahap saya berkata, mungkin itu cara terbaik untuk memperbetulkan keadaan," katanya ketika diwawancara Oprah.

Selain itu, anaknya, Nick, dipenjarakan lapan bulan kerana memandu secara berbahaya, manakala teman anaknya, John Graziano, yang cedera teruk terpaksa bergantung kepada penjagaan 24 jam sehari.

Kasih sayang kuatkan semangat

Namun katanya, kasih sayang insan sekeliling membuatkan dirinya terus kuat.

"Suatu hari kami makan di luar bersama keluarga dan beberapa rakan. Tetapi fikiran saya melayang ke tempat lain dan terus ke luar dari situ. Ketika itu, ada kanakkanak berlari memeluk saya dan berkata dia membesar melihat saya di kaca TV.

Katanya lagi, dia yang tidak punya ayah dan menganggap saya sebagai bapa sendiri.

"Sekumpulan lelaki pula mengatakan mereka sayang pada saya. Terus saya sedar, banyak elemen positif yang mampu menguatkan semangat saya," katanya.

Perkahwinan Hogan bersama Linda yang dikurniakan dua anak akhirnya musnah pada 2009. Namun, kemudian dia mengahwini Jennifer McDaniel.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top