Tonton kini muncul dengan siri drama web terbaru berjudul ‘SweetHeart Fantasia’. Drama 13 episod yang diterajui oleh duta SILKYGIRL, Emma Maembong dan wajah SG Men, Syarul Ridzwan ini akan ditayangkan di Tonton bermula 11 November 2013.

SweetHeart Fantasia diinspirasikan daripada dua jenama haruman terkenal SILKYGIRL dan SG Men iaitu SweetHeart dan Fantasia EDT.

Siri web 13 episod dengan durasi 5 minit setiap satunya menampilkan duta bintang SILKYGIRL, Emma Ma’embong bersama wajah SG Men, Syarul Ridzwan yang juga merupakan seorang actor yang kini sedang meningkat naik.

Berlatar-belakang kotaraya Kuala Lumpur, siri romantik ini berkisar percintaan di antara Julia dan Jimmy yang harus menempuh pelbagai rintangan serta dugaan dalam menerima diri masing-masing.

Menerusi “SweetHeart Fantasia”, Emma Maembong memegang watak sebagai Julia Jane, seorang aktres baharu yang pernah gagal dalam percintaan sebelumnya sehinggalah dia bertemu dengan Jimmy Daeng (lakonan Syarul Ridzwan), seorang jejaka yang baru menceburi bidang pengarahan filem dalam industri hiburan Malaysia.

True love comes when you’re not looking for it. Find out what happens when Jimmy meets Julia… will it be smooth sailing or filled with trials and tribulations?

Check out the sneak peek to SweetHeart Fantasia and don’t forget to catch the pilot episode on www.tonton.com.my on November 11!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top