Siapa Ratu Rania Musim Pertama?

Selepas 9 minggu bersiaran, Ratu Rania kini tiba di penghujungnya!

Dua finalis telah terpilih untuk bersaing dan mendapatkan hadiah utama bernilai RM50,000!

Siapa ikon wanita moden masa kini yang dicari? Diantara Aida (Normazuraida, 34, Kelantan) dan Watie (Rosnawatie Bachok, 35, Johor), siapa bakal dinobatkan sebagai Ratu Rania Musim Pertama? 


Setiap minggu mengharungi pelbagai cabaran dan melalui tugasan yang sukar, Aida dan Watie akhirnya telah dipilih sebagai dua peserta yang paling menyerlah dan berjaya memikat hati juri. 

Bagaimanapun nasib dua finalis ini akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri. 

Mereka akan dinilai mengikut tiga kriteria utama iaitu keyakinan diri, keluasan pengetahuan am dan berpersonaliti menarik.

Episod kemuncak program pencarian ikon wanita moden masa kini ini akan ditayangkan secara eksklusif pada hari Rabu, 20 November 2013, jam 9.30 malam di Astro Prima menerusi saluran 105.

Program Ratu Rania dikendalikan oleh pengacara dan pelakon popular Dynas Mokhtar selaku hos program yang buat julung kali diterbitkan ini. 

Istimewa lagi, Ratu Rania juga turut membawa tiga nama besar yang dipilih berdasarkan pengalaman mereka yang amat luas dalam bidang masing-masing.

Juri tetap yang akan mengadili dua finalis ini ialah pereka fesyen tersohor; Rizalman Ibrahim, pelakon jelita; Rozita Che Wan yang juga merupakan Duta Safi Rania Gold serta penyanyi jelita; Ziana Zain yang juga merupakan Duta Safi Rania Diamond.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top