Siti Nurhaliza tegur Khairy Jamaluddin

Penyanyi terkenal negara Datuk Siti Nurhaliza menegur kelantangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mendakwa bekas kapten skuad kebangsaan Datuk Jamal Nasir sebagai 'budak suruhan' Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai tidak wajar dan tidak manis kerana Jamal lebih tua.

Penyanyi Bukan Cinta Biasa itu terpanggil untuk meluahkan pandangannya menerusi akaun Twitter miliknya, ?@CTNurhaliza1 petang semalam selepas membaca laporan akhbar mengenai 'perang menteri-FAM' dan merasakan Khairy sepatutnya menggunakan bahasa atau pendekatan yang lebih berhemah.

"Siti cuma tidak berapa suka dengan pendekatan Khairy kerana beliau menteri muda dan sentiasa dipandang tinggi. Perkataan 'budak suruhan' daripada seseorang yang muda sepertinya kepada yang agak tua seperti Datuk Jamal, memang kurang manis.


"Ada lagi bahasa yang elok patut digunakan. Siti sekadar menegur, tidak mahu ia menjadi ikutan pula selepas ini," kata Siti.

Bagaimanapun, katanya, di sini dia tidak 'bercakap' mengenai bola sepak atau sukan, tetapi lebih kepada cara yang baik untuk menegur kerana Khairy menteri muda dan menjadi ikutan ramai.

"Siti tegur dengan ikhlas, kalau tidak mahu terima, terpulang. Siti hanya rakyat biasa," katanya.

Sebelum ini, Khairy menafikan kritikan berterusan terhadap FAM disebabkan dendam ke atas individu tertentu dalam badan induk itu seperti yang dibangkitkan Jamal.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top