Kejayaan drama bersiri, Love You Mr Arrogant, sememangnya meninggalkan kesan besar ke atas pelakon wanita ini. Bukan sekadar drama menggandingkan dirinya dengan Azlee Khairi itu mampu menjulang namanya di persada seni, malah ia juga memaksa gadis cantik ini menutup akaun Facebook.
Semuanya gara-gara Zara Zya bimbang dirinya dikritik peminat apabila mereka mula membandingkan penampilannya yang sebenar dengan watak dilakonkan dalam drama arahan Eoon Shuhaini itu.
Maklum saja, sebagai Zaara Amira, dia digambarkan sebagai wanita bertudung sedangkan di luar lokasi, Zara tidak mengenakan imej sebegitu. Namun, drama yang ditonton lebih tiga juga orang berkenaan nyata membuat sebahagian peminat beranggapan pelakon ini benar-benar mengenakan hijab seperti watak dikatakannya.
Justeru, sesetengahnya kurang berpuas hati apabila Zara, seperti sebahagian gadis lain, mengenakan pakaian sedikit mendedahkan di luar lokasi. Sedangkan, itulah penampilan sebenar dirinya apabila tidak lagi menghayati watak yang mendapat perhatian ramai itu.
Elak kontroversi
Tidak mahu menjadi artis semusim yang hanya popular dengan sebuah judul, Zara sedaya upaya cuba mengelakkan sebarang kontroversi dan gosip liar yang dirasakan mampu mencalar namanya.
"Zara bukan seksi yang melampau, tetapi berpada-pada. Apabila Zara memuat naik gambar ke laman Instagram, ramai peminat komen mengatakan Zara terlalu seksi. Malah, mereka mengharapkan Zara menjadi seperti Zaara Amira.
"Ramai yang ingat Zara bertudung dan bersikap sama seperti Zaara Amira. Bahkan, ada peminat yang pernah memberikan komen dia tak suka Zara lagi sebab Zara tak sama dengan watak dilakonkan dalam drama itu. Selain itu, ada juga yang mendoakan Zara berubah hati untuk bertudung," katanya yang mengaku terpaksa memikirkan impaknya sekali apabila memilih sesuatu watak, bimbang ia mengundang kritikan pedas orang ramai.
Apa pun, kata Zara, jika boleh dia ingin terus mengekalkan imej bersih dan menjaga nama baik keluarga sepanjang bergelar anak seni.
Pernah dilabel pelakon kayu
Walaupun namanya mula meletup hasil penampilan dalam drama siaran TV3 terbabit, hakikatnya pembabitan Zara dalam lakonan bukanlah baru. Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini sebenarnya sudah sedekad menceburkan diri dalam bidang terbabit.
Cuma, sebelum ini kehadirannya kurang diberikan perhatian dan dia juga sering membawakan watak tambahan. Selain itu, kesibukan dengan pengajian di ASWARA turut mengekang ruangnya untuk mencipta nama.
"Zara baru aktif semula dalam lakonan sejak tiga tahun lalu, dan baru kini Zara rasakan aura lakonan itu sampai. Dulu, Zara tidak serius berlakon sebab sibuk dengan pengajian. Sebab itulah nama pun tenggelam timbul.
"Sekarang, lakonan Zara pun rasanya lebih baik daripada dulu. Beberapa tahun lalu, macam-macam orang labelkan Zara. Ada yang mengatakan Zara berlakon seperti kayu, keras dan kekok. Kini, baru Zara rasa orang ramai sudah mula nampak bakat yang Zara miliki," katanya.
Tidak mahu berlakon filem seram
Mula membabitkan diri dalam dunia lakonan dengan membintangi filemVCD berjudul Histeria, dia kemudian dilamar pengarah, Erma Fatima, untuk membintangi drama Sumayyah.
Sejak itu, Zara mula mengatur langkah untuk lebih dikenali. Dia membintangi lebih banyak drama dan telefilem, antaranya Tanah Merah, Puisi Cinta Rubiah, Supermak, Tiga Budak Botak, Selipar Jepun Suria, 3 Janji, Enigma, Haryati-Haryati, Ais Krim, Roti dan Gol, Kitab Rindu Terindah dan Kampung Jaguh.
"Selepas memegang watak utama dalam drama Puteri Malam di TV9, baru Zara dapat tawaran sebagai teraju untuk Love You Mr Arrogant. Nampaknya, orang ramai juga lebih menyedari bakat Zara dalam drama ini berbanding projek sebelum itu," katanya yang cuba mengelak daripada berlakon dalam drama atau filem seram berikutan dirinya bukanlah jenis yang kuat semangat.
Menganggap minatnya lebih terarah kepada bidang lakonan berbanding kerjaya lain, anak bongsu daripada empat beradik ini bertuah apabila mendapat sokongan kuat daripada ibunya.
Ibu sokong kerjaya seni
Sejak mula terbabit dalam bidang seni, Zara juga sering dipantau orang tuanya agar tidak tersasar daripada landasan betul. Malah, dia sendiri berpegang kepada nasihat ibu agar sentiasa menjaga nama keluarga.
"Keluarga memang tidak pernah meletakkan sebarang syarat, sebaliknya mereka sentiasa menyokong kerjaya Zara. Apabila Zara tiada tawaran, mama pula yang paling risau sebab dia tahu, Zara tidak boleh buat kerja lain selain berlakon.
"Bagi Zara, untuk kekal lama dalam industri, kita kena sentiasa aktif dan jangan tenggelam timbul.
Apa yang Zara harapkan, peminat dapat menerima lakonan dan bakat yang ada pada Zara buat tempoh yang bukan pendek," katanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan