Fizo Omar sah bergelar suami kepada Mawar

Fizo Omar selamat menikahi Mawar Abdul Karim dengan hanya sekali lafaz di kediaman pengantin perempuan di Country Heights Kajang, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Mempelai dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Selangor iaitu Mohd Arif Abdul Samat serta disaksikan oleh abang Fizo iaitu Wan Zamani Wan Omar.

Fizo menyerahkan mas kahwin RM506 serta tujuh dulang hantaran dan dibalas oleh pihak perempuan dengan sembilan dulang hantaran. Mereka telah merahsiakan wang hantaran.

Hantaran pihak lelaki dibawa oleh rakan-rakan artis yang diketuai oleh Datuk Rosyam Nor dan 7 rakan artis lain seperti Johan Asari, Shaheizy Sam, Karl Shafek, Kamal Adli, Iqram Dinzly, Nazim Othman dan Fahrin.

Majlis pernikahan mereka telah bersiaran secara langsung menerusi Nasi Lemak Kopi O di TV9. Program itu di hoskan oleh AG Hot FM dan Luqman.

Pernikahan Fizo Omar, perkahwinan Mawar-Fizo Omar

Sebaik sahaja selamat diijabkabulkan Fizo yang terharu kegembiraan terus mengalirkan air mata turut melahirkan rasa kesyukuran ketika ditemu bual AG Hot FM.

"Alhamdulilah, saya bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan saya harap saya dapat pikul tanggungjawab sebagai suami dengan sebaiknya,"katanya.

Perkahwinan Fizo Omar - Mawar


Perkahwinan Fizo Omar - Mawar


Majlis telah dihadiri lebih kurang 500 tetamu termasuk keluarga terdekat kedua mempelai serta rakan artis seperti Shila Amzah dan ramai lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top